Kira-kira dua puluh tahun yang lalu saya mendengar kenyataan dalam ceramah agama di surau saya menyebut Kalau nak mengenali Islam, jangan lihat apa orang Islam buat. Tapi setakat itu sahaja kenyataannya, tidak diberi penjelasannya.
Carian saya menunjukkan kenyataan itu betul, setelah saya manulis.
Apabila teknologi AI hadir hari ini, saya cuba cek kenyataan itu. Saya kemukakan soalan seperti berikut itu, dan lihat apa jawapannya. Jawapan ini saya copy & Paste.
Sebuah buku yang saya baca menyebut 'Sejarah mencatatkan pada zaman kedatangan Islam (Islam Rasulullah saw) terdapat banyaknya kepercayaan, mitos, konsep, falsafah tahyul, tradisi dan adat, yang cirinya kepalsuan bercampur aduk dengan kebenaran, yang salah dengan yang benar, yang karut marut dengan agama, .....', saya lihat kenyataan ini adalah berkait dengan cara hidup Islam, yang bermaksud bahawa Islam hari ini adalah bukan yang tulin mengikut wahyu. Apakah pandangan tuan.
Pandangan anda sangat relevan. Kenyataan bahawa cara hidup masyarakat pada zaman kedatangan Islam bercampur aduk dengan mitos, falsafah tahyul, dan tradisi yang mengelirukan, mencerminkan permasalahan yang serupa dalam kehidupan Islam hari ini. Ini berkaitan dengan bagaimana Islam sebagai ad-din (cara hidup) kadang-kadang mengalami penyimpangan apabila elemen luar bercampur aduk dengan ajaran wahyu yang asli.
Jawan lanjut saya turunkan di https://mastikaku.blogspot.com tetapi rasanya selepas jam 12 baru siap.