Sabtu, 21 Disember 2024

Kecelaruan Dalam Islam

 Kira-kira dua puluh tahun yang lalu saya mendengar kenyataan dalam ceramah agama di surau saya menyebut Kalau nak mengenali Islam, jangan lihat apa orang Islam buat. Tapi setakat itu sahaja kenyataannya, tidak diberi penjelasannya.

Carian saya menunjukkan kenyataan itu betul, setelah saya manulis. 

Apabila teknologi AI hadir hari ini, saya cuba cek kenyataan itu. Saya kemukakan soalan seperti berikut itu, dan lihat apa jawapannya. Jawapan ini saya copy & Paste.

Sebuah buku yang saya baca menyebut 'Sejarah mencatatkan pada zaman kedatangan Islam (Islam Rasulullah saw) terdapat banyaknya kepercayaan, mitos, konsep, falsafah tahyul, tradisi dan adat, yang cirinya kepalsuan bercampur aduk dengan kebenaran, yang salah dengan yang benar, yang karut marut dengan agama, .....', saya lihat kenyataan ini adalah berkait dengan cara hidup Islam, yang bermaksud bahawa Islam hari ini adalah bukan yang tulin mengikut wahyu. Apakah pandangan tuan.

Pandangan anda sangat relevan. Kenyataan bahawa cara hidup masyarakat pada zaman kedatangan Islam bercampur aduk dengan mitos, falsafah tahyul, dan tradisi yang mengelirukan, mencerminkan permasalahan yang serupa dalam kehidupan Islam hari ini. Ini berkaitan dengan bagaimana Islam sebagai ad-din (cara hidup) kadang-kadang mengalami penyimpangan apabila elemen luar bercampur aduk dengan ajaran wahyu yang asli.

Jawan lanjut saya turunkan di https://mastikaku.blogspot.com tetapi rasanya selepas jam 12 baru siap.

Selasa, 2 April 2024

 Worldview

Apakah yang anda sedang lakukan, adakah yang sedang anda lakukan itu serasi dengan rancangan hidup anda hari ini? Atau, adakah ianya terjadi spontan tanpa sebarang perencanaan?

Adakah yang anda lakukan sekarang ini serasi dengan semangat agama anda, tidak kiralah sama anda seorang Islam, Kristian, Budha, Hindu, dan sebagainya; atau jika anda seorang yang tidak beragama tetapi berfahaman Athies sekalipun adakah anda sedang melakukan sesuatu yang serasi dengan fahaman anda.

Persoalan-persoalan di atas tadi adalah berkait dengan jalan hidup atau cara hidup. Yang anda sedang lakukan itu seharusnya adalah sebahagian daripada rancangan-rancangan yang anda atur berdasarkan kepada sesuatu pegangan atau fahaman. Berkait dengan persoalan di atas tadi, jika anda sedang melakukan sesuatu yang bagi anda adalah mengikut pegangan atau fahaman anda bererti anda adalah seorang yang mempunyai pandangan hidup atau worldview.

Seseorang yang mempunyai worldview adalah orang yang mempunyai pegangan dalam menjalani kehidupan. Tetapi jika anda tidak tahu adakah yang anda lakukan itu atas dasar apa, atau sebab apa, atau untuk apa, betul atau salah, dan sebagainya, bererti anda adalah seorang yang tidak mempunyai pegangan hidup (yang biasa disebut sebagai prinsip). Orang yang sebegini biasanya adalah mereka yang tidak juga mempunyai matlamat hidup.

Seseorang yang mempunyai worldview akan sentiasa sedar terhadap apa sahaja yang sedang dilakukannya – menyedari untuk apakah dia lakukan, betul atau salah yang dia lakukan, apakah kesan perbuatannya, dan sebagainya, dalam ertikata lain, dia adalah orang yang mempunyai prinsip. Bagi orang yang tidak mempunyai kesedaran-kesedaran seperti itu adalah orang yang yang tidak mempunyai worldview, dia adalah seorang tidak berprinsip. Orang yang sebegini akan melakukan apa sahaja yang digerakkan oleh nalurinya, dan biasanya terjadi dalam keadaan yang tidak di bawah petimbangan-pertimbangan seperti contoh tadi. Mereka akan berbuat apa sahaja yang dia mahu, bagaimana sahaja yang dia mahu, dan bila-bila masa sahaja yang di mahu, tanpa memikirkan kesan dan akibatnya dari kacamata manusia sejagat.