Khamis, 25 Februari 2021

Kota Iram

 Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyebut tentang sebuah kota bernama Iram (al-Fajr, 7). Jarang sekali orang mengetahuinya kerana tidak tercatat dalam sejarah sekalipun. Umat Islam sendiri tidak mengetahuinya. Katakanlah anda membaca al-Quran dan mentadaburnya sekalipun anda Cuma tahu ada kota yang bernama Iram. Di manakah ia dan apakah sejarahnya, tidak tahu.

Tidak hairanlah kerana para pengkritik Islam pun tidak mengetahuinya. Sekali fikir malu juga hendak mengaku orang Islam tetapi tidak mengetahuinya, lebih-lebih lagi kerana tercatat dalam al-Quran.

Ada yang bertanggapan apa yang disebut oleh al-Quran itu adalah satu kiasan sahaja, dengan mengatakan bahawa Iram mungkin seorang lelaki dan bukan sebuah bandar.

Pada tahun 1973 aktiviti penggalian yang dilakukan di Syria menemui satu lokasi sebuah bandar kuno bernama Eblus. Di sana mereka menemui koleksi satu bentuk tulisan disebut cuneiform terbesar di atas tanah bersurat yang tersimpan dalam sebuah ruang menyerupai perpustakaan. Dalam perpustakaan yang sama tersimpan banyak lagi tanah bersurat yang berusia lebih daripada 4000 tahun lebih tua daripada tanah bersurat yang lain-lain, yang dikutip dari tapak-tapak lain.

Yang menariknya, fakta yang disebut di National Geographic of 1978 mengesahkan bahawa tanah bersurat itu menyebut tengang bandar Iram. Dan disebut juga tentang wujud tanda-tanda bahawa orang-orang Eblus pernah menjalankan perdagangan dengan orang-orang Iram.

Jadi di sini hendak menyatakan bahawa pada tahun 1973 sudah ada pengesahan fakta bahawa benar-benar ada sebuah bandar purba dengan nama Iram itu, tidak kiralah di mana dia. Soalnya, bagaimana ianya tercatat dalam al-Quran?

Orang Islam yang cuba menjelaskannya merasa kurang selesa dengan persoalan itu, dan terasa seperti diperkotak-katikkan oleh pengarang al-Quran. Mereka cuba memberikan penjelasannya tetapi jelas gagal. Mereka terus mencubanya dengan melakukan perlbagai usaha bagi membuktikannya, namun fakta menunjukkan bahawa penulis buku ini mempunyai pemahaman primitive tentang dunia di sekeleling kita. Siapakah dia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan