Tuan Haji, izinkan saya respond dengan perkara yang berkait dengan batal sembahyang itu.
Pertama, hukum itu masih perlukan penjelasan lanjut. Penjelasan ini
yang memberi kita pengetahuan dan pengajaran.
Bacaan yang putus kerana menguap, batuk dsb itu mengapa membatalkan sembahyang jika kena pada rukun. Sebabnya ialah
lari makna, atau maknanya tidak lengkap. Kalau tak lengkap mengapa pula batal?
Ini berkait dengan kenyataan yang disebut dalam kitab Siyar al-Salikin.
Mengikut kitab ini sembahyang kita biarlah ada amal yang batin, iaitu mentafsir
bacaan-bacaan bagi mendapatkan jawapan, bukan mengetahui makna bacaan sahaja. Misalnya
jika kita baca rabbil aalamiin itu,
ertinya Tuhan sekalian alam. Ini erti; tafsirannya ialah apakah pengajarannya. Saya
beri contoh, jika alam ini Allah yang punya, dia cipta untuk keperluan hidup
kita, apa hukumnya bagi orang yang merosakkan alam ini (alam sekitar). Jadi,
pengajarannya ialah tentang menjaga alam ini, kalau boleh menyayangi alam ini. Kalau
bacaan kalimah ini terputus sebab batuk dsb pengajaran ini sudah lari. Ini sebab
batal.
Dilihat dari sudut ini kalau diteliti banyak lagi yang boleh
menyebabkan sembahyang kita batal. Contohnya, cuba dengar baik-baik bacaan ramai yang membacanya dengan iyya
kana’budu waiyyaa kanasta’in apakah maknanya, kalau adapun maknanya sudaah
lari dari maksud yang asal; sedangkan bacaan yang betul ialah iyyaka na’budu waiyyaka nasta’in.
Mungkin ada orang akan mengatakan kena
tengoklah apa maksud bacaan orang itu. Ye, ini soal hati. Apa bezanya
dengan yang terputus bacaan itu tadi.
Jika kita faham kedudukan ini, soal bacaan yang putus itu bukan hanya
pada rukun sahaja tetapi bacaan yang sunat juga boleh membatalkan sembahyang,
sebab mengubah makna ayat-ayat al-Quran.
Ini kita tidak boleh terima.
Ini sahaja penjelasan saya. Ada baiknya saya sambung sikit dengan
peringatan iaitu jangan mudah taksub
dengan sesuatu hukum sebelum memahami benar-benar maksud di sebaliknya. Peringatan
saya ini berkait dengan gaya penyampaian ustaz-ustaz dan ustazah. Kebanyakan
mereka banyak meninggalkan hukum-hakam sebagai slogan-slogan kosong, tidak menjelaskan
dengan sempurna.
Misalnya, beribadah, amal soleh,
bertakwa, beriman, dan sebagainya. Selama lebih 20 tahun saya mengikuti
ceramah dan kuliah, samapi hari ini belum ada ustaz atau ustazah yang
menjelankan bagaimana beribadah itu,
bagaimana bertakwa itu.
Islam adalah agama cara hidup.
Penjelasan yang saya maksudkan itulah cara
hidupnya. Maksudnya, bagaimana cara kita hendak bertakwa. Kalau orang bertanya anda
sudah bertakwa? Apa jawapan kita.
Berkait dengan kedudukan ini saya ingin sampaikan komen seorang (mantan)
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jarang kedapatan buku agama yang ditulis dalam
bentuk analisis seperti yang ditulis oleh Tuan Haji Mohamad bin Lamin. Kebiasaanya
buku-buku atau kitab agama ditulis dalam bentuk nas dan hujah-hujah syar’ie,
bermula dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Berbeza dengan buku ini (buku
saya) penulis cuba mengupas isu solat
dalam bentuk semangat dan ruh ibadat itu sendiri. Sememangnya begitulah
manifestasi daari solat sebenarnya….
Peringatan saya ialah jangan terlalu bergantung kepada buku dan kitab
tulisan tokoh-tokok tempatan sahaja, kerana cirinya adalah seperti yang disebut
di atas ini. Berbeza dengan yang ditulis oleh ulama-ulama seperti Yusuf al-Qaradawi,
Abul Aala, Abdul Wahid dan lain-lain yang tulisannya Berjaya membawa kita ke
dalam dunia cara hidup.
Allahu aalam.