Isnin, 5 April 2021

Menguap, batuk batal sembahyang

Tuan Haji, izinkan saya respond dengan perkara yang berkait dengan batal sembahyang itu.

Pertama, hukum itu masih perlukan penjelasan lanjut. Penjelasan ini yang memberi kita pengetahuan dan pengajaran.

Bacaan yang putus kerana menguap, batuk dsb itu mengapa membatalkan sembahyang jika kena pada rukun. Sebabnya ialah lari makna, atau maknanya tidak lengkap. Kalau tak lengkap mengapa pula batal?

Ini berkait dengan kenyataan yang disebut dalam kitab Siyar al-Salikin. Mengikut kitab ini sembahyang kita biarlah ada amal yang batin, iaitu mentafsir bacaan-bacaan bagi mendapatkan jawapan, bukan mengetahui makna bacaan sahaja. Misalnya jika kita baca rabbil aalamiin itu, ertinya Tuhan sekalian alam. Ini erti; tafsirannya ialah apakah pengajarannya. Saya beri contoh, jika alam ini Allah yang punya, dia cipta untuk keperluan hidup kita, apa hukumnya bagi orang yang merosakkan alam ini (alam sekitar). Jadi, pengajarannya ialah tentang menjaga alam ini, kalau boleh menyayangi alam ini. Kalau bacaan kalimah ini terputus sebab batuk dsb pengajaran ini sudah lari. Ini sebab batal.

Dilihat dari sudut ini kalau diteliti banyak lagi yang boleh menyebabkan sembahyang kita batal. Contohnya, cuba dengar baik-baik bacaan  ramai yang membacanya dengan iyya kana’budu waiyyaa kanasta’in apakah maknanya, kalau adapun maknanya sudaah lari dari maksud yang asal; sedangkan bacaan yang betul ialah iyyaka na’budu waiyyaka nasta’in.

Mungkin ada orang akan mengatakan kena tengoklah apa maksud bacaan orang itu. Ye, ini soal hati. Apa bezanya dengan yang terputus bacaan itu tadi.

Jika kita faham kedudukan ini, soal bacaan yang putus itu bukan hanya pada rukun sahaja tetapi bacaan yang sunat juga boleh membatalkan sembahyang, sebab mengubah makna ayat-ayat al-Quran. Ini kita tidak boleh terima.

Ini sahaja penjelasan saya. Ada baiknya saya sambung sikit dengan peringatan iaitu jangan mudah taksub dengan sesuatu hukum sebelum memahami benar-benar maksud di sebaliknya. Peringatan saya ini berkait dengan gaya penyampaian ustaz-ustaz dan ustazah. Kebanyakan mereka banyak meninggalkan hukum-hakam sebagai slogan-slogan kosong, tidak menjelaskan dengan sempurna.

Misalnya, beribadah, amal soleh, bertakwa, beriman, dan sebagainya. Selama lebih 20 tahun saya mengikuti ceramah dan kuliah, samapi hari ini belum ada ustaz atau ustazah yang menjelankan bagaimana beribadah itu, bagaimana bertakwa itu.

Islam adalah agama cara hidup. Penjelasan yang saya maksudkan itulah cara hidupnya. Maksudnya, bagaimana cara kita hendak bertakwa. Kalau orang bertanya anda sudah bertakwa? Apa jawapan kita.

Berkait dengan kedudukan ini saya ingin sampaikan komen seorang (mantan) Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jarang kedapatan buku agama yang ditulis dalam bentuk analisis seperti yang ditulis oleh Tuan Haji Mohamad bin Lamin. Kebiasaanya buku-buku atau kitab agama ditulis dalam bentuk nas dan hujah-hujah syar’ie, bermula dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Berbeza dengan buku ini (buku saya) penulis cuba mengupas isu solat dalam bentuk semangat dan ruh ibadat itu sendiri. Sememangnya begitulah manifestasi daari solat sebenarnya….

Peringatan saya ialah jangan terlalu bergantung kepada buku dan kitab tulisan tokoh-tokok tempatan sahaja, kerana cirinya adalah seperti yang disebut di atas ini. Berbeza dengan yang ditulis oleh ulama-ulama seperti Yusuf al-Qaradawi, Abul Aala, Abdul Wahid dan lain-lain yang tulisannya Berjaya membawa kita ke dalam dunia cara hidup.

Allahu aalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan