Selasa, 15 Disember 2020

Konsep Zikir

Tidak semua ibadah akan diredai Allah swt. Sama ada ibadah khusus ataupun ibadah umum. Hal ini disebut dalam hadis tentang dialog antara Nabi Musa as dengan Allah swt.

Nabi Musa:   Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau reda?

Allah swt:     Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkar. Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang. Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa:   Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau reda ya Allah?

Allah swt:     Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku reda kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya.

Hadis ini menunjukkan dua contoh ibadah khusus iaitu sembahyang dan puasa yang tidak diredai, dan satu ibadah umum iaitu zikir. Tidak diredai itu lantaran tujuannya ialah untuk faedah diri sendiri. Dengan kenyataan ini fahamlah kita bahawa ibadah yang diredai adalah yang membawa faedah buat orang lain.

Bagaimanakah caranya untuk beribadah yang membawa faedah buat orang lain? Kita ambil zikir sebagai contoh. Setelah memahaminya kita boleh gunakan untuk memikirkan pula caranya bagaimana melakukan ibadah sembahyang dan puasa yang diredai Allah swt.

Dalam hadis di atas ini menunjukkan zikir itu tidak diredai Allah swt kerana tujuannya untuk membuatkan hatimu menjadi tenang. Memang jelas tujuan berzikir itu adalah untuk dirimu sendiri, sedikit pun tidak berrkaitan dengan orang lain.

Mengapakah zikir sedemikian tidak diredai Allah swt? Kita lihat jawapannya dengan melihat kembali tujuan asal Allah swt menjadikan kita, apadia? Ini berkaitan dengan konsep kekhalifahan.

Sabtu, 5 Disember 2020

Sembahyang tidak diredai kerana tidak menepati worldview Islam

Ramai yang tidak menyangka bahawa ibadah sembahyang yang kita lakukan sungguh-sungguh itu rupanaya tidak diredai Allah swt. Puncanya kerana tujuannya tidak membawa faedah buat orang lain.

Sebuah hadis mengingatkan agar Jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda. Lalu apa pula yang boleh membuatkan Allah reda? Hal ini disebut dalam hadis tentang dialog antara Nabi Musa as dengan Allah swt.

Nabi Musa:   Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau reda?

Allah swt:     Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkarZikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenangPuasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa:   Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau reda ya Allah?

Allah swt:     Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku reda kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah Aku hadir di sampingnya.

Ketahuilah mengapa demikian. (Seterusnya >>>>)

Rabu, 2 Disember 2020

 

Khalifah adalah gelaran bagi ketua agama atau raja bagi sesebuah negara (Islam). Misalnya Sayidina Abu Bakar adalah orang pertama menjadi khalifah selepas kewafatan baginda Nabi saw.

Secara umum, khalifah bermaksud pengganti kepada Nabi saw. Yang bermaksud bahawa khalifah dalam kontaks ini adalah jawatan pemerintah.

 Namun terdapat juga ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan bahawa khalifah itu ialah manusia awam, seperti yang disebut oleh ayat 129 al-Araf. Ayat ini adalah tentang aduan kaum Nabi Musa yang dianiaya oleh Firaun sebelum kedatangan baginda dan malah sesudahnya. Menjawab aduan itu Nabi Musa menyebut, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi.

 Jawapan ini menunjukkan seseorang khalifah itu adalah dari golongan manusia awam. Demikian juga yang disebut oleh ayat 14 surah Yunus yang menyebut ertinya Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu.