Baja

 DIY Bokashi bin (Sisa makanan)

Bahan:

1 tong sampah sederhana besar yg bertutup

1 baldi muat tong sampah

1 paip

2 bata (untuk diletak dlm tong sampah dan baldi diletak diatasnya supaya air sisa buangan dpt berkumpul dibawahnya.

 

Caranya

Tong sampah dibuatkan paip tinggi 1 inchi dari dasar tong. Bila sisa air barangan buangan terkumpul hanya perlu buka paip dan tadah airnya untuk disiram ditanaman.

Cairkan dgn air. Ikut sukatan masing2.

Baldi tadi dasarnya ditebuk lubang2 kecii supaya air sisa tadi mengalir keluar.

Letakan bata dlm tong sampah dan letak baldi tadi

Masukan Serbuk Bokashi dahulu dibahagian dasar baldi sebelum dimadukan sisa2 buangan dapur. Setiap kali menambah sisa buangan taburkan bokashi. Ini kurangkan bau. Kejapkan sisa buangan supaya gas atau oksigen tidak terperangkap

 

Tutup tong sampah dengan plastik hitam dan penutup tong sampah. Supaya kejap udara dan jauhi ulat2 atau lalat.

 

Bila tong sampah penuh dalam masa sebulan sisa2 buangan tadi boleh dicampur dengan tabah atau bahan kompos spt daun2 rumput dan sebagainya.  Komposting akan cepat prosesnya.

 Ps

Bokasi bin ( RM 150), molesses (RM10)  dan EM ( RM10) dan bokashi 500 gm( RM15) boleh juga dibeli di Shopee atau Lazada atau kedai2 pertanian.

 

Hormon penggalak bunga dan buah

Ya cikgu..ada yg guna coca cola...

Tapi yg lebih baik hormon pengalak bunga dan buah dengan DIY:

ü campuran bahan telor , yakut dan ajinomoto. Caranya 1 liter:

·        2 biji telor, 1 botol yakut ( yakut ada 30 juta bakteria baik) dan 2 sudu Ajinomoto ( msg).

·        Pukul semua bahan2 ini hingga sebati dan

·        campur air mineral untuk di jadikan 1 lit.

·        Masuk dlm botol biar kosongkan bahagian atas botol. Sbb gas terbentuk.

·        Peram seminggu seblm guna .

·        Cara guna 20ml untuk 1liter air mineral atau air hujan, atau air sungai ok.

·        Sembur 2 minggu sekali bahagian daun batang dan tanah.

 

 

DIY Bokashi

Bahan:

ü Serbuk hampas padi. Atau orang bandar guna sebuk kayu hamster pet shop ada jual RM18 seketul besar.

ü EM

ü Container plastik simpan barang

 

Cara:

·     Leraikan hampas padi/serbuk kayu hamster dalam kontainer.

·     Gaulkan dgn EM (jgn terlalu lembab , kalau kita gengam masih boleh lerai sudah bagus).

·     Peramkan seminggu sblm guna.

·     Guna segengam sahaja taburkan dlm bekas simpanan sisa dapur - kulit buah, roti, nasi, kulit telor apa saja (sisa dapur kecuali tulang ikan atau ayam yg seumpanya atau plastik)

·     Note: Dengan cara ini kita membantu mengurangkan bebanan sistem pembuangan sampah dgn kitar semula.

 

EM adalah bahasa orang putih bagi Efective Microorganisms.  Dulu Hj Rosli buat dia bela cacing.

EM menggalak kesuburan tanah dan memecah microorganisms dengan cepat.

·        Kalau buat komposting dengan lalang/rumput, adalah kombinasi daun2 kering dan daun hijau.

·        Disiram dengan EM cepat dia mereput dan tarikan kpd cacing2 juga.

·        Dengan EM kompos boleh diguna setelah 2 atau 3 bulan. Jika tidak 6 bln hingga 1 tahun baru effektif boleh guna.

 

Cara DIY EM untuk 1 lt botol mineral

Bahan:

·      Molessses (ini untuk makanan bakteria baik)

·      Air peraman beras jadi bila cuci beras air pertama simpan dlm balang

·      Kena buat Molessses dulu, caranya untuk 1 liter:

o  Masak gula merah/brown sugar 500 grm sampai cair dan biar sejuk.

o  Simpan dlm botol.

 

Cara buat EM 1 liter

EM diguna meluas sebagai bahan organik dlm pertanian dan penternakan( ayam misalnya tidak perlu bagi antibiotik).  Ia menggalak bunga dan pastinya buah juga.

 

ü Molesses dicairkan 2 penutup botol untuk 500 ml air (seeloknya air sungai/air meneral atau jika air paip biarkan dlm baldi semalaman supaya klorin mendap dibawah .

ü Ambil air bahagian atas. (Klorin boleh matikan bakteria).

ü Campurkan molesses cair ini dengan 500 ml air peraman beras ( setelah diperam 1 minggu). Air peraman beras ini ada bakteria baik. Boleh guna air kelapa muda sebagai ganti atau susu cair peram.

ü So jadilah EM. Peram seminggu dlm botol. Jangan penuhkan bagi ruang. Sebab tindakan campuran tadi menghasilkan gas menandakan bakteria tadi aktif.  Setiap dua hari buka penutup pelahan2 bagi gas keluar.

 Cara guna EM:

ü EM dilarutkan 2 penutup botol untuk 1 liter air(sebaikmya air tanpa klorin).

ü Sembur pada pokok buahan atau pokok bunga cili dan apa saja. Sembur sehingga bahagian batang dan daun.

ü Sembur 2 minggu sekali. Pokok cili akan hijau daun dan cili banyak hasil. Kalau bunga kertas berbunga lebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan