Allah swt kata Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Namun apabila malaikat bertanya Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)? (al-Baqarah, 30)
Namun Allah meneruskan niat-Nya dengan menjadikan sejenis makhluk digelar
manusia, yang sifatnya Allah tetapkan dengan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat (al-Anam
165). Kedudukan ini adalah satu kesengajaan Allah swt.
Antara kelainan darjatnya ialah dan Allah menambahkan
kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh (al-Araf, 69).
Sebahagian yang lain pula dengan diberi
kemudahan untuk mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, memahat
gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah (al-Araf, 74), dan sebahagian yang
lain diberi kuasa pemerintahan di bumi (an-Nur,
55).
Dengan kelebihan-kelebihan itu Allah menyatakan hendak menguji kamu pada apa yang telah
dikurniakan-Nya kepada kamu (al-Anam, 165). Lalu Allah swt menyeru maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu (al-Araf,
69).
Ayat-ayat di atas ini adalah berkaitan dengan kekhalifahan. Ayat 30 al-Baqarah itu menyebut Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi, ayat 165 al-Anam menyebut
Dan Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah
di bumi, ayat 69 al-Araf pula menyebut Dan
kenangkanlah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi
Nuh, ayat 74 al-Araf juga menyebut Dan
kenangkanlah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaun Aad.
Demikian juga yang disebut oleh ayat 129 al-Araf, ayat 14 surah Yunus, ayat 55
an-Nur, ayat 26 surah Sad.
Namun
bagi melantik seseorang khalifah di tahap gelaran ketua
agama atau raja Allah menggariskan mestilah dari kalangan mereka yang beriman
dan beramal soleh sahaja, seperti mana Sayidina Abu Bakar adalah orang pertama
menjadi khalifah selepas kewafatan
baginda Nabi saw.
Jika
setiap orang berpegang kepada konsep ini, maka lahirlan suasan kehidupan yang
ceria, sejahtera walaupun menyedari tidak sedarjat dengan orang lain. Dia akan
merasakan dirinya masih mempunyai tempat dalam komunitinya. Dia tidak akan
melihat situasi berkasta-kasta yang mencetus rasa ketidakpuasan hati, terbuku
di hati, rasa rendah diri, rasa dirinya tidak berguna dan sebagainya.
Justeru
seorang yang mempunyai kefahaman ini tidak akan melihat dunia ini sebagai suatu tempat yang
penuh misteri, penuh kegelapan dan kedurjanaan, kehidupan yang dikuasai oleh
perasaan buruk-sangka dan ketakutan hanya disebabkan keadaan diri dan
keluarganya yang kurang bernasib baik.
Dia akan merasakan dirinya masih ada harga diri, masih
berpeluang untuk menjadi seorang yang diharap, diperlukan oleh dunianya.
Sebaliknya, seorang yang tidak mempunyai kefaham ini akan
bersikap prasangka buruk. Nalurinya selalu sahaja menguasai dirinya lantaran tidak
lagi berpegang kepada agama atau mempercayai agama. Lalu kehidupannya
disandarkan kepada tanggapan bahawa manusia sendiri yang mempunyai kuasa dan
hak untuk menentukan apakah yang terbaik untuk mereka, inilah fahaman
orang-orang atheists, agnostik atau humanists. Mereka terlalu
berpegang kepada sains dan kaedah saintifik untuk memahami dunia tempat manusia
tinggal ini. Mereka bertanggapan bahawa sains sebagai sesuatu yang tepat dan
boleh dipercayai, lantaran pengumpulan data, eksperimen, pencerapan dan
kesimpulan adalah satu-satunya cara untuk memperoleh pengetahuan bagi
menentukan apakah yang betul dan apakah yang palsu.
Banyak lagi pandangan-pandangan yang dicetuskan oleh kuasa
taakulan otak. Akibatnya manusia itu keseluruhannya dalam keadaan bercelaru dan
saling keliru, tanpa sebarang harapan untuk mendapat keputusan yang mana satu
betul dan yang mana satu salah.
Dalam situasi ini kita
sendiri tercari-cari dan memikir-mikirkan caranya bagaimana hendak mengenali
yang mana satu betul. Yang jelas, jika cara itu betul terasa pula ada yang
tidak betul. Tidak dinafikan kebanyakannya dilihat seperti ada sedikit sebanyak
kesamaan, tetapi jika diteliti semula didapati setiap satunya itu jelas berbeza
dalam hal-hal yang penting-penting.
Sebenarnya tidak ada sesiapa pun, walau setinggi mana
kebijaksanaannya yang boleh memberikan jawapan yang lengkap, sahih dan
memuaskan jika ditanya tentang asal kejadian dunia ini, tentang kehidupan dan
destininya. Belum ada lagi mana-mana kumpulan manusia yang mampu berbuat
demikian.
Misalnya, dalam ibadah sembahyang,
surah al-Fatihah yang menjadi rukunnya itu bermaksud kita harus membaca dan
mentadabur al-Quran kerana surah ini adalah umul kitab.
Justeru apabila para ulama’ memperkenalkan
istilah Rukun Islam harus dikaji maksudnya.
Barulah kita mendapat mutiaranya bahawa di sebaliknya sarat dengan
tujuan-tujuan dan ideologi. Misalnya sembahyang itu bertujuan mendidik
pengamalnya dengan sikap kepedulian. Baru
kita sedar bahawa disebalik amalan yang kerohanian
itu bertujuan untuk membina nilai-nilai yang sifatnya keduniaan. Baru kita sedar bahawa cara
hidup Islam tidak memisahkan antara
kerohanian dengan keduniaan.
Justeru kita harus mempunyai asas-asas kefahaman tentang Islam agar
kehidupannya tidak terumbang-ambing, bercelaru, tidak mempunyai tujuan yang
realistik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan