Kenalilah diri kita. Ayat-ayat berikut ini menggambarkan tujuan utama Allah swt menjadikan manusia dan meletakkan di bumi ini. Sekali gus menjustifikasi cara hidup dan cara ibadah kita. Kefahaman yang jitu akan menentukan keimanan, ketakwaan, kerahmatan Allah buat kita.
(al-Baqarah,
30).
Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu berfirman kepada
Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu
tidak mengetahuinya.
(al-Anam,
165)
Dan Dia lah yang menjadikan
kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah
kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu
pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah
cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-Araf,
69)
Dan
kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah
sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan
kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat
Allah supaya kamu berjaya.
(al-Araf,
74)
Dan
kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah
sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan)
untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat
gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah
itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi.
(al-Araf,
129)
Mereka berkata:
"Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang
kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami". Nabi Musa menjawab:
"Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan
kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan
memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?
(Yunus,
14)
Kemudian Kami jadikan
kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi
menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula
corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.
(an-Nur,
55)
Allah menjanjikan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat
Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan
orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan
menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya
untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka
mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu
dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa
yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(Sad,
26)
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan