Umur saya 79 tahun, sering tidak sihat.
Pemerhatian saya: saya tidak boleh terdedah kepada cuaca panas lebih 10 minit + -. Sebab? Tak tahu, doktor pun tak dapat beri pandangan. Akibatnya saya rasa macam demam biasanya selama 4-5 hari, doktor kata tak demam.
Saya boleh je menjalankan rutin kehidupan spt biasa. Namun saya sentiasa beringat apabila saya terasa sangat letih, sangat mengantuk, kurang tenaga, saya harus pasrah: berehat atas tempat tidur.
Saya tidak berani melawan keadaan. Bagi saya ini petanda Allah beri petunjuk, atau peringatan. Alasan saya:
- Baru2 ni saya dengan ust K masuk hospital kerana semacam strok. Kalau tak silap beliau memang ada darah tinggi, sakit jantung. Tetapi masih cuba aktif. Bila kena strok saya terfikir dia sepatutnya berehat.
- Seorang sahabat baik, umur sekitar 77 ada 3 serangkai. Saya tak tau keadaaannya. Satu hari dia jatuh di tengah padang dalam cuaca panas, dalam perjalanan balik solat jumaat. Sampai di rumah dia macam tak larat jalan, tapi masih dapat mengurus diri spt masuk tandas. Saya suruhnya ke hospital. Diberitakan dia menghidap 7 serangkai, tapi dia mungkin tak tahu. Klu tak silap selepas 10 hari, dia pergi.
Pengajaran dari dua peristiwa ini 'Jangan tunjuk kuat kalau rasa tak larat, baik rehat'.
Inilah keadaan saya sekarang. Saya tak berani keluar berurusan kalau cuaca panas. Duduk di rumah puna belum terjamin sihat. Saya sentiasa berjaga-jaga. Kadang saya fikir apa nak buat bila ada tetamu di rumah tiba2 rasa terpaksa baring rehat.
Bagi saya inilah qada' qadar diri saya. Saya tidak berani bertawakkal kepada Allah dengan keadaan saya, saya harus berusaha apa jalan sekalipun. Inilah jalan saya untuk 'menjaga sis-sisa kehidupan' sekarang. Saya letak di tempat paling utama dari yang lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan