Selasa, 14 Julai 2026

 Menjadi khalifah.

Dalam khutbat Jumaat selalu disebut seruan 'Marilah kita pertingkatkan ketakwaan'. Takwa selalunya diberi pengertian 'menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangannya.

Ertinya apabila Allah menyebut firmannya 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi', apakah respon dari orang-orang bertakwa.

Jika kita mengaku bertakwa, bolehkah kita menolaknya, dengan apa alasan sekalipun. Maka kita tiada pilihan lain selain menerimanya, lalu berniat untuk merealisasikan idea kekhalifahan dalam kehidupan seharian kita. 

Sebaliknya, sebagai seorang yang bertakwa, ke manakah ketakwaan itu kita hendak letakkan. Bolehkah kita mengharap gelaran bertakwa dengan menolak seruan ayat 30 al-Baqarah itu. 

Sabtu, 18 April 2026

Menjadi Khalifah

Semua perbincangan tentang menjadi khalifah, ayat-ayat tentang khalifah, Islam Rasulullah saw juga berasaskan kekhalifahan, akhirnya membawa kita kepada satu persoalan yang tidak dapat dielakkan: Jika semua ini benar, apakah lagi alasan untuk tidak menyahut seruan menjadi khalifah (al-Baqarah, 30)

https://4stroke5.blogspot.com/p/menjadi-khalifah.html