Isnin, 5 April 2021

Menguap, batuk batal sembahyang

Tuan Haji, izinkan saya respond dengan perkara yang berkait dengan batal sembahyang itu.

Pertama, hukum itu masih perlukan penjelasan lanjut. Penjelasan ini yang memberi kita pengetahuan dan pengajaran.

Bacaan yang putus kerana menguap, batuk dsb itu mengapa membatalkan sembahyang jika kena pada rukun. Sebabnya ialah lari makna, atau maknanya tidak lengkap. Kalau tak lengkap mengapa pula batal?

Ini berkait dengan kenyataan yang disebut dalam kitab Siyar al-Salikin. Mengikut kitab ini sembahyang kita biarlah ada amal yang batin, iaitu mentafsir bacaan-bacaan bagi mendapatkan jawapan, bukan mengetahui makna bacaan sahaja. Misalnya jika kita baca rabbil aalamiin itu, ertinya Tuhan sekalian alam. Ini erti; tafsirannya ialah apakah pengajarannya. Saya beri contoh, jika alam ini Allah yang punya, dia cipta untuk keperluan hidup kita, apa hukumnya bagi orang yang merosakkan alam ini (alam sekitar). Jadi, pengajarannya ialah tentang menjaga alam ini, kalau boleh menyayangi alam ini. Kalau bacaan kalimah ini terputus sebab batuk dsb pengajaran ini sudah lari. Ini sebab batal.

Dilihat dari sudut ini kalau diteliti banyak lagi yang boleh menyebabkan sembahyang kita batal. Contohnya, cuba dengar baik-baik bacaan  ramai yang membacanya dengan iyya kana’budu waiyyaa kanasta’in apakah maknanya, kalau adapun maknanya sudaah lari dari maksud yang asal; sedangkan bacaan yang betul ialah iyyaka na’budu waiyyaka nasta’in.

Mungkin ada orang akan mengatakan kena tengoklah apa maksud bacaan orang itu. Ye, ini soal hati. Apa bezanya dengan yang terputus bacaan itu tadi.

Jika kita faham kedudukan ini, soal bacaan yang putus itu bukan hanya pada rukun sahaja tetapi bacaan yang sunat juga boleh membatalkan sembahyang, sebab mengubah makna ayat-ayat al-Quran. Ini kita tidak boleh terima.

Ini sahaja penjelasan saya. Ada baiknya saya sambung sikit dengan peringatan iaitu jangan mudah taksub dengan sesuatu hukum sebelum memahami benar-benar maksud di sebaliknya. Peringatan saya ini berkait dengan gaya penyampaian ustaz-ustaz dan ustazah. Kebanyakan mereka banyak meninggalkan hukum-hakam sebagai slogan-slogan kosong, tidak menjelaskan dengan sempurna.

Misalnya, beribadah, amal soleh, bertakwa, beriman, dan sebagainya. Selama lebih 20 tahun saya mengikuti ceramah dan kuliah, samapi hari ini belum ada ustaz atau ustazah yang menjelankan bagaimana beribadah itu, bagaimana bertakwa itu.

Islam adalah agama cara hidup. Penjelasan yang saya maksudkan itulah cara hidupnya. Maksudnya, bagaimana cara kita hendak bertakwa. Kalau orang bertanya anda sudah bertakwa? Apa jawapan kita.

Berkait dengan kedudukan ini saya ingin sampaikan komen seorang (mantan) Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jarang kedapatan buku agama yang ditulis dalam bentuk analisis seperti yang ditulis oleh Tuan Haji Mohamad bin Lamin. Kebiasaanya buku-buku atau kitab agama ditulis dalam bentuk nas dan hujah-hujah syar’ie, bermula dengan dalil-dalil naqli dan aqli. Berbeza dengan buku ini (buku saya) penulis cuba mengupas isu solat dalam bentuk semangat dan ruh ibadat itu sendiri. Sememangnya begitulah manifestasi daari solat sebenarnya….

Peringatan saya ialah jangan terlalu bergantung kepada buku dan kitab tulisan tokoh-tokok tempatan sahaja, kerana cirinya adalah seperti yang disebut di atas ini. Berbeza dengan yang ditulis oleh ulama-ulama seperti Yusuf al-Qaradawi, Abul Aala, Abdul Wahid dan lain-lain yang tulisannya Berjaya membawa kita ke dalam dunia cara hidup.

Allahu aalam.

Jumaat, 19 Mac 2021

Sembahyang yang membawa rahmat

Anas ibn Malik meriwayatkan sabda baginda Nabi saw, Barangsiapa yang menunaikan solat satu kali, dari nafas orang itu Allah swt mencipta awan putih. Kemudian Allah swt menyuruh awan putih itu untuk mengambil rahmat dari laut. Lalu ia mengambilnya. Kemudian Allah swt menyuruhnya agar menjadi hujan. Lalu dari titisan yang jatuh ke bumi Allah swt mencitpakan emas, dari titisan yang jatuh ke gunung Allah swt menciptakan perak, dan titisan yang jatuh kepada orang kafir Allah swt menganugerahkannya keimanan.

Pernahkah anda menjumpai emas dan perak?

Hadis ini adalah suatu kiasan. Maksud emas itu adalah faedah yang diperolehi oleh orang yang mengusahakan tanah, dan menjual hasilnya untuk mendapatkan wang sebagai sumber kelangsungan hidup. Demikian juga dengan maksud perak itu.

Maksud hadis yang sebenar ialah sembahyang yang membawa rahmat. Hujan  itu rahmat, rahmat buat manusia.

Apakah pula maksud nafas itu?

Untuk mendirikan sembahyang kita menggunakan nafas untuk membaca ayat-ayat yang telah ditetapkan, untuk melakukan pergerakan dalam sembahyang. Bagaimana bacaan dan pergerakan ini boleh mendatangkan rahmat buat pengamalnya?

Bagi setiap nafas yang kita gunakan untuk membaca ayat-ayat dalam sembahyang, melakukan pergerakan-pergerakan, yang disertai dengan amal yang batin boleh membawa faedah buat orang lain.

Amal yang batin ialah memahami ertinya dan maksudnya. Misalnya kita membaca ayat alhamdulillahi rabbil-alamiin itu kita tahu ertinya Tuhan sekalian alam, maksudnya Allah yang mencipta dan mentadbir alam ini. Seterusnya dengan mengetahui erti ini kita mengambil sikap menjaga alam ini, jika boleh sehingga ke tahap menyayangi alam ini, dengan kata lain tidak melakukan kerosakan dan pembinasaan. Dengan sikap ini pastinya mendatangkan faedah buat orang lain. Setiap orang akan dapat menikmati oksigen untuk bernafas, tumbuhan untuk makanan dan ubat-ubatan, dan sebagainya.

Pergerakan berdiri, tukuk, iktidal, sujud dan duduk dalam sembahyang itu lambang tunduk patuh. Hakikatnya inilah yang Allah swt dan Rasul-Nya kehendaki. Tunduk patuh bererti kita akan bersikap melakukan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya. Tentu sekali anda setuju orang yang sedemikian akan membuat orang lain rasa selamat, aman, tidak mendatangkan kebimbangan buat mereka. Lihat faedahnya buat orang lain!

Emas dan perak itu adalah lambang faedah-faedah ini. Inilah yang membuatkan sembahyang kita mendatangkan rahmat.

Dengan sikap-sikap yang seperti yang dicontohkan itu pastinya akan membuat orang kafir tertarik, dan berminat dengan ajaran Islam. Ini adalah satu sentuhan buat hati mereka. Besar kemungkin satu hari nanti mereka akan beriman.

Jadi, hendak menyatakan di sini inilah caranya mendirikan sembahyang yang diredai Allah swt.

Khamis, 11 Mac 2021

Maksud beribadah

Kita sering mendengar orang bercakap tentang mempertingkatkan ibadah. Mengapa timbul soal macam tu. Bukankah kita memang diminta supaya sentiasa beribadah sejajar dengan seruan ayat 56 az-Zariyat.

Apabila sebut tentang mempertingkatkan ibadah, satu persoalan timbul misalnya jadi selama ini kita tidak hidup mengikut ayat 56 itu ke? Jika ye ertinya sebahagian daripada masa kita tidak dalam keadaan beribadah. Bukan begitu?

Saya fikir ini soal kefahaman tentang apa itu maksud beribadah. Mungkin mereka melihat beribadah itu mendirikan sembahyang, berzakat, puasa dan haji, serta rangkaian-rangkaiannya seperti sembahyang sunat, bersedekah, puasa sunat sahaja. Selainnya bukan beribadah.

Untuk mengetahui cara hidup yang dikehendaki Allah swt saya cadangkan kaji ayat-ayat dalam page Siapakah Kita dalam blog ini. Kaji dan kaji, fahami maksudnya termasuk yang tersirat sekali.

Bagi saya maksud ayat-ayat itu adalah kita harus menjalani kehidupan seharian dalam keadaan sentiasa beribadah, sejajar dengan ayat 56 itu.

Wallauhu aalam.

Khamis, 25 Februari 2021

Kota Iram

 Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyebut tentang sebuah kota bernama Iram (al-Fajr, 7). Jarang sekali orang mengetahuinya kerana tidak tercatat dalam sejarah sekalipun. Umat Islam sendiri tidak mengetahuinya. Katakanlah anda membaca al-Quran dan mentadaburnya sekalipun anda Cuma tahu ada kota yang bernama Iram. Di manakah ia dan apakah sejarahnya, tidak tahu.

Tidak hairanlah kerana para pengkritik Islam pun tidak mengetahuinya. Sekali fikir malu juga hendak mengaku orang Islam tetapi tidak mengetahuinya, lebih-lebih lagi kerana tercatat dalam al-Quran.

Ada yang bertanggapan apa yang disebut oleh al-Quran itu adalah satu kiasan sahaja, dengan mengatakan bahawa Iram mungkin seorang lelaki dan bukan sebuah bandar.

Pada tahun 1973 aktiviti penggalian yang dilakukan di Syria menemui satu lokasi sebuah bandar kuno bernama Eblus. Di sana mereka menemui koleksi satu bentuk tulisan disebut cuneiform terbesar di atas tanah bersurat yang tersimpan dalam sebuah ruang menyerupai perpustakaan. Dalam perpustakaan yang sama tersimpan banyak lagi tanah bersurat yang berusia lebih daripada 4000 tahun lebih tua daripada tanah bersurat yang lain-lain, yang dikutip dari tapak-tapak lain.

Yang menariknya, fakta yang disebut di National Geographic of 1978 mengesahkan bahawa tanah bersurat itu menyebut tengang bandar Iram. Dan disebut juga tentang wujud tanda-tanda bahawa orang-orang Eblus pernah menjalankan perdagangan dengan orang-orang Iram.

Jadi di sini hendak menyatakan bahawa pada tahun 1973 sudah ada pengesahan fakta bahawa benar-benar ada sebuah bandar purba dengan nama Iram itu, tidak kiralah di mana dia. Soalnya, bagaimana ianya tercatat dalam al-Quran?

Orang Islam yang cuba menjelaskannya merasa kurang selesa dengan persoalan itu, dan terasa seperti diperkotak-katikkan oleh pengarang al-Quran. Mereka cuba memberikan penjelasannya tetapi jelas gagal. Mereka terus mencubanya dengan melakukan perlbagai usaha bagi membuktikannya, namun fakta menunjukkan bahawa penulis buku ini mempunyai pemahaman primitive tentang dunia di sekeleling kita. Siapakah dia?

Mencari pahala dari membaca al-Quran

Apabila disebut Akhlak Rasulullah saw adalah al-Quran, apakah yang dapat kita fahami.

Ini menggambarkan Rasulullah saw mentadabaru, mentartil, dan mengamalkan pengajaran bagi setiap ayat yang dibaca. Jadi tidak hairanlah apabila Rasulullah saw kata membaca ayat-ayat al-Quran dapat pahala.

Bagaimana pula halnya bagi kita. Kita belum sampai ke tahap baginda, belum melalui tahap-tahap mentadabur, mentartil, apa lagi menjadikannya sebagai akhlak, apakah boleh dapat pahala seperti yang disebut itu tadi.

Pandangan ini sepadan dengan hadis yang berikut:

Rasulullah saw bersabda, Jangan bangga dengan sembahyang yang banyak kerana semua itu belum membuat Allah reda. Hadis ini dipadankan dengan kisah ibadah Nabi Musa dengan Allah swt, yang menyebut:

 

 

Nabi Musa: Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah, lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau redha?

Allah swt:     Solat? Solat itu untuk dirimu sendiri kerana dengan mengerjakan solat engkau terpelihara daripada keji dan mungkarZikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenangPuasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

 

 Hadis ini menunjukkan ibadah yang diredai adalah yang membawa faedah buat orang lain. Bagaimana dengan ibadah dari membaca al-Quran itu?

Justeru untuk mengharap rahmat Allah, lakukan ibadah-ibadah yang tujuannya untuk faedah buat orang lain. Misalnya kita membaca   ayat 1 surah ar-Rahman, yang ertinya Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, kita ambil sifat Pemurah itu.

Dengan sifat Pemurah-Nya Allah citpa tumbuhan dan pokok-pokok, maka kita mengambil sikap menjaganya, malah kalau boleh menyayanginya, kerana dengan tumbuhan itu kita mendapat faedah seperti untuk makanan, air dan oksigen.

Dengan sikap-sikap menyayangi dan menjaga itu tadi orang lain akan menapat faedahnya juga. Jadi inilah caranya untuk meraih pahala dari ibadah membaca al-Quran.
Jika sekadar membunyikan ayat-ayat al-Quran sahaja, dari manakah ornag lain boleh mendapat faedahnya?

Kota Iram

Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyebut tentang sebuah kota bernama Iram (al-Fajr, 7). Jarang sekali orang mengetahuinya
kerana tidak tercatat dalam sejarah sekalipun. Umat Islam sendiri tidak
mengetahuinya. Katakanlah anda membaca al-Quran sambil mentadaburnya sekalipun
anda cuma tahu ada kota yang bernama Iram. Di manakah dia dan apa sejarahnya. Tidak hairanlah
kerana para pengkritik Islam pun tidak mengetahuinya. Sekali fikir malu juga
hendak mengaku orang Islam tetapi tidak mengetahuinya, lebih-lebih kerana
tercatat dalam al-Quran.
Bagi golongan-golongan yang mengetahui kewujudannya ada yang melihatnya sebagai satu
kiasan sahaja, mengatakan bahawa Iram mungkin
seorang lelaki dan bukan sebuah bandar.
Pada tahun 1973, aktiviti penggalian yang dilakukan di Syria terdapat satu lokasi sebuah
bandar kuno bernama Eblus menemui koleksi tulisan cuneiform (tulisan pepaku) terbesar di atas ukiran tanah liat yang tersimpan dalam sebuah ruang
seperti perpustakaan. Malah, perpustakaan yang ditemui di Eblus ini menyimpan lebih banyak ukiran tanah liat yang berusia lebih daripada 4000 tahun lebih tua daripada ukiran tanah liat yang lain, yang dihimpunkan dari tapak-tapak lain.
Yang menariknya, butiran yang disebut di National Geographic of 1978 mengesahkan bahawa ukiran
tanah liat itu menyebut tentang bandar Iram. Dan disebut juga tentang wujud tanda-tanda
bahawa orang-orang Eblus pernah melakukan perniagaan dengan orang-orang Iram.
Jadi di sini hendak menyatakan bahawa pada tahun 1973 sudah ada pengesahan fakta bahawa benar-benar ada sebuah bandar purba dengan nama Iram itu, tidak kiralah di mana dia. Soalnya, bagaimana ianya tercatat dalam Al-Quran?
Orang-orang Islam yang cuba menjelaskannya merasa tidak selesa dengan persoalan itu, dan terasa seperti diperkotak-katikkan oleh pengarang Al-Quran.
Mereka cuba memberikan penjelasannya tetapi jelas gagal. Mereka terus mencubanya dengan melakukan usaha-usaha mencari bukti buktinya, namun fakta menunjukkan bahawa penulis buku ini mempunyai pemahaman primitif tentang dunia di sekeliling kita.

Isnin, 25 Januari 2021

Manusia sebagai Khalifah

Khalifah adalah gelaran bagi ketua agama atau raja bagi sesebuah negara (Islam). Misalnya Sayidina Abu Bakar adalah orang pertama menjadi khalifah selepas kewafatan baginda Nabi saw.

Secara umum, khalifah bermaksud pengganti kepada Nabi saw. Yang bermaksud bahawa khalifah dalam kontaks ini adalah jawatan pemerintah.

Namun terdapat juga ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan bahawa khalifah itu ialah manusia awam, seperti yang disebut oleh ayat 129 al-Araf. Ayat ini adalah tentang aduan kaum Nabi Musa yang dianiaya oleh Firaun sebelum kedatangan baginda dan malah sesudahnya. Menjawab aduan itu Nabi Musa menyebut, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi.

Jawapan ini menunjukkan seseorang khalifah itu adalah dari golongan manusia awam. Demikian juga yang disebut oleh ayat 14 surah Yunus yang menyebut ertinya Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu.

Ayat 30 al-Baqarah menyebut ertinya, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Namun malaikat mempersoalkan, Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan (berbunuh-bunuhan). Frasa kata menumpahkan darah menggambarkan orang itu ialah manusia awam.

Mungkin akan ada orang menimbulkan persoalan misalnya adakah semua manusia? Atau adakah syarat-syarat tertentu untuk dijadikan khalifah?

Selanjutnya >>>