Worldview
Apakah yang anda sedang
lakukan, adakah yang sedang anda lakukan itu serasi dengan rancangan hidup anda
hari ini? Atau, adakah ianya terjadi spontan tanpa sebarang perencanaan?
Adakah yang anda lakukan
sekarang ini serasi dengan semangat agama anda, tidak kiralah sama anda seorang
Islam, Kristian, Budha, Hindu, dan sebagainya; atau jika anda seorang yang
tidak beragama tetapi berfahaman Athies sekalipun adakah anda sedang melakukan
sesuatu yang serasi dengan fahaman anda.
Persoalan-persoalan di
atas tadi adalah berkait dengan jalan hidup atau cara hidup. Yang anda
sedang lakukan itu seharusnya adalah sebahagian daripada rancangan-rancangan
yang anda atur berdasarkan kepada sesuatu pegangan atau fahaman. Berkait dengan
persoalan di atas tadi, jika anda sedang melakukan sesuatu yang bagi anda
adalah mengikut pegangan atau fahaman anda bererti anda adalah seorang yang
mempunyai pandangan hidup atau worldview.
Seseorang yang mempunyai worldview
adalah orang yang mempunyai pegangan dalam
menjalani kehidupan. Tetapi jika anda tidak tahu adakah yang anda lakukan itu
atas dasar apa, atau sebab apa, atau untuk apa, betul atau salah, dan
sebagainya, bererti anda adalah seorang yang tidak mempunyai pegangan hidup
(yang biasa disebut sebagai prinsip). Orang yang sebegini biasanya
adalah mereka yang tidak juga mempunyai matlamat hidup.
Seseorang yang mempunyai worldview
akan sentiasa sedar terhadap apa sahaja yang sedang dilakukannya – menyedari
untuk apakah dia lakukan, betul atau salah yang dia lakukan, apakah kesan
perbuatannya, dan sebagainya, dalam ertikata lain, dia adalah orang yang
mempunyai prinsip. Bagi orang yang tidak mempunyai kesedaran-kesedaran seperti
itu adalah orang yang yang tidak mempunyai worldview, dia adalah seorang
tidak berprinsip. Orang yang sebegini akan melakukan apa sahaja yang
digerakkan oleh nalurinya, dan biasanya terjadi dalam keadaan yang tidak di
bawah petimbangan-pertimbangan seperti contoh tadi. Mereka akan berbuat apa
sahaja yang dia mahu, bagaimana sahaja yang dia mahu, dan bila-bila masa sahaja
yang di mahu, tanpa memikirkan kesan dan akibatnya dari kacamata manusia
sejagat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan